Daisypath Anniversary tickers
selamat datang ke blog MIRA yang tak berapa nak cun nie..hope korang enjoy !! (^_^) M'D

SAHABAT

Assalammualaikum ! hai . dah lama tak bukak dan post story dekat blog ni . huiisshh . habis SPM , blog ni terbiar plak .. huhu . sian-sian . ok . ni adalah entry pertama dalam tahun 2014 . wauuu ! dah 2014 . tak sangkanya masa berlalu begitu pantas . macam-macam jadi lepas habis SPM 2013 . apa-apa pon , alhamdulillah exam dah habis . sekarang masa untuk holiday . errr ! holiday ke . arrhhh ! apa-apa jelah .. ok . niat sebenar buat entry hari ni adalah , nak wish birthday dekat 2 orang sahabat mira ni . diorang ada waktu mira susah dan senang . huhu . 

ok . sannah helwah kepada NUR SHAHIDA BINTI NOH dan NUR FATIN HIDAYAH  BINTI RASALAN . WAHHH! korang dah genap 18 tahun .! tahniah ! . mira doakan semoga korang panjang umur dan di murahkan rezeki . ehh ! , korang ingat tak tahun lepas kita celebrate beday korang dekat sekolah guna tepung .niat dihati nak kene kan korang , at last mira yg kene tepung .. tak pe asalkan korang bahagia di hari lahir korang .. wink..winkk! mengenang kisah lama plak . huhu , tahun ni kita tak dapat sambut sesama .. sebab masing-masing dah ada kerjaya masing-masing . it's ok , it's alright . kita celebrate ikut doa je ok . apa-apa pon , korang dah genap 18 tahun . korang kakak mira yg mira sayang .. huhu ^_^ .errr ! sorry ea , den tak dapek nak bagi hadiah . sebab den duduk ghumah jo . huhu . -_-'' .

* gambar diatas - tudung oren tu ida si momokk ! - tudung biru tu big sista FATIN . eheh ^_^"
JANGAN LUPA BACA DOA HARI LAHIR ea . ^_-

AKU !

haii ! u oll's .haaachhiiimmm !(bersin) mak aiii ! banyaknye habuk dekat blog ni . ish..ishh . nampak sgt dah lama tak bukak .ok.ok . hari ni kita clean and clear blog ni .

hari ni mira nak share beberapa story . huhu .
lagi beberapa minggu mira nak spm . huhu agak menakutkan .hari tu trial , alhamdulillah tak ada G . walaupun result tak membangga kan . tapi , boleh laa jugak mengubat rasa takut ni sikit..sekarang mira tengah berjinak-jinak dengan buku sejarah . huh . tu laa subjek killer mira . dah laa tu subjek wajib lulus .hurr .risau pulak laa kalau tersasar .hurr .. 

ramai yang tanya , lepas spm nak kemana ?nak sambung dekat mana ? amik bidang apa? hurmm . ni perangcangan sebelum sambung belajar . 2 minggu lepas exam mira nak belajar bawak kereta + amik lesen kereta dan moto , seminggu lepas tu nak p holiday . masuk bulan 1 join kursus felda untill bulan 3 insyaAllah .ada tersisa 3 bulan lagi , duduk umah kakak , jaga anak-anak dia @ kira jadi babysiter semntara .
ikutkan hati nak sambung matrikulasi , tapi mak tak bagi , kata nya susah . so , kene masuk uitm .bidang yang mira minat sains komputer , perubatan dan jurutera petroleum .. macam tak kene plak kan . mira cita-cita nak jadi PAKAR PSIKOLOGI . tapi amik course yg lain .. huhu .. apa ada hal , mencuba sesuatu yg baru kan .. ;) .
ok tu pasal spm .

sekarang mira nak citer apa yg berlaku sepnajang minggu ni .
tak tau kenapa ,  semenjak duamenjak ni mira kuat sangat sentap , kuat sangat nangis (macam budak2) . hurmm . jumaat lepas ada majlis bacaan yassin , solat hajat and majlis restu . huhu . wktu majlis restu tu , kami semua calon spm ni kene salam-salam dengan cikgu and makcik-makcik yang datang tu . hurmm .. waktu tengah bersalam tu boleh pulak mira menangis .hoooyeaahh . nampak tak mira sensitif pasal nangis .memang mira tak boleh tahan . lagi-lagi bila turn nak salam cikgu mardiah . huhu , sedih sangat ..tahun depan dah tak jumpa dia . dia laah cikgu paling sporting , tersangat sporting . dia selalu mengajak anak-anak murid dia kejalan yg benar . dia jugak selalu bagi semangat dekat kami .weeeee sedih pulak rasa nya sekarang ni ..
hurmm , ok..ok.. (lap airmata) .

hurmm .ok lah , rasa macam dah teerlalu panjang pulak cerita hari ni . ok . lah sampai sini je .. tangan dah lenguh . menaip . bubye . 
assalammualaikum.


cik bloggy


hehe . nampak tak mira masih semangat beraya . haha . mira suka tgk gambar ni , that's why mira post .
hehe .actually , dalam gmbar ni ada lagi tiga orang . hehe . mira ter'crop plak . haha .

eh, eh, ! dah tersalah niat plak . niat mira nak update blog ni bukanlah nak cerita pasal gambar , tapi , mira nak mengadu sikit . hurmm . sejak kebelakangan ni , mira selalu sakit kepala. hurmm . ni lah sebenarnye simtom-simtom mira nak demam . kalau tak cegah dari awal , hurm , maunye , mira demam time exam nanti .huaargg , tak mau .dah hampir tiga hari mira biarkan sakit kepala tu , time exam PENDIDIKAN ISLAM kertas 2 , banyak gila soalan mira tinggal , akibat , sejuk + sakit kepala . langsung tak boleh nak berfikir nak cari jawapan , yg mira fikir , bila laa nak habis , nak balik , nak tidur . huhu .(tak patut ,tak patut).
mira tak tau laa apa keputusan yang mira bakal dapat untuk trial ni . hurm . malam tadi mak suruh makan ubat , then mira makan laa sebab sakit kepala nye dah sampai tahap , duduk tak boleh lama , berdiri pon tak boleh lama ,. huhu sakit . mira makan , then effect nye , ubat tu buat mira ngantuk sampai tengok buku pon kabur-kabur , mira tertidur depan laptop . huhu .*flasback*dulu kecik-kecik kalau mira tertidur depan tv , abah angkat mira masuk dalam bilik , hurr tapi sekarang mira tertidur depan laptop , abah biar je . huhu * ....kenangan dolu-dolu..

alhamdulillah , pagi tadi mira bangun tanpa rasa sakit kepala , tekak dah kembali normal , suhu ?tetap sama , masih sedikit panas . hehe . . hope esok pergi sekolah dah tak ada apa-apa masalah .
hoooyyeeeaaahhh ! esok KIMIA derrr . paper 1 , err , bulat-bulat , insyaAllah boleh , paper 2 , subjektif .. kasi hantam(err , tapi selalu salah)..paper 3 , ????eksprimen?? o.O

hurm , sekarang mira belajar kimia and addmath guna youtube . hurrr , tak ada cikgu yang nak ajar .. youtube pon boleh laa .

ok , that's all . doakan bacth 96 SMK(F)BESOUT 
berjaya dengan cemerlang .
doakan mira sihat jugak ? errr . hehe

ok , bye . assalammualaikum . ;')

Jamuan Raya Tahun Akhir :'(

hai . haa . hari ni  mira tak ada apa sangat nak story mory . just nak tunjuk sikit gambar waktu jamuan raya dekat sekolah hari tu . huhui . sedih sikit , sebab tahun akhir jamuan raya dekat sekolah . tahun depan tak ada dah . yelahkan . dah besar . nak masuk alam universiti pulak . huhu . dah.dah . tak mau cakap banyak . tengok lah gambar-gambar ni . ni semua kenangan kami .

student 5 SCIENCE II 2013

hehe . sambil menyelam minum air . ni muka-muka penat berjalan . tapi, masih boleh senyum . :)
sayang dia !

Dia - Cikgu Halmi ( guru kelas , guru kimia ) - Amira Zaini

3 ANGGERIK 2013 . BEST MOMENT . huh . tak cukup 40 orang . ni je yang dapat dikesan . yang lain . fly . 

SUHAILA - AMIRA - HASLINIZAIZAITY .


sebenarnya banyak lagi gambarnye . tapi yang sempat ni je .
apa-apa pon . ni la moment yang paling best . !
huh . ok stop pasal raya . !
huhui ! 
minggu depan TRIAL SPM !
sereeemm nihh! 
doakan kejayaan mira dan kawan-kawan yang satu bacth dgn mira eaa .
96 chaiyokk !


TEGUR -_-


haii ! holla !
hurmm , hari ni , hari yang agak tak berapa seronok . hari yang membuatkan mira rasa bersalah dan di persalahkan . salah ke mira nak tegur ? salah ke mira nak betul kan keadaan ? apa masalahnya? mira buat semua tu sebab mira nak awak tu fokus. yes ! i know . awak bukan lah main-main waktu belajar . tapi awak belajar sambil belajar . faham tak ayat saya tu ?? ok tak pe tak faham kan . haa , mai sini mira terangkan sikit . cikgu dekat depan . awak dekat belakang , waktu belajar yang betul adalah subjek mathematic , tapi awak bukak buku bahasa melayu . it is right decision ? . biarpun awak tak faham  apa yang cikgu tengah cakap , paling tak awak cuba untuk faham . . awak ingat , saya suka ke waktu tu ? awak ingat saya faham ke apa yang cikgu ajar tu ? . hurm , kalau saya faham , daripada 100% , only 10% je yang saya faham . yang lain . ermmm . paling tak saya cuba untuk faham . awak ajak saya untuk struggle . tapi , kenapa awak tak boleh terima teguran saya ?

hurm , mungkin cara saya tegur awak salah , itu yang menyebabkan awak tak terima and marah dengan apa yang dah saya buat . awak . saya mintak maaf . saya tak sangka benda kecik boleh jadi besar , kalau emosi yang kawal keadaan . saya tak kisah awak nak marah saya or tak . itu hak awak . okay ?

sayang , i'm sorry . :'(

selamat hari raya aidilfitri



salam lebaran ! kepada semua umat islam di negara kita mahu pun di negara luar .
hari ni hari last puasa untuk tahun ni . then esok , confirm semua orang tau .
HARI RAYA !

haa ! esok raya ? hurmm . mira tak rasa macam raya pon . sebab apa ? hurmm sebab , tahun ni raya ahli keluarga tak lengkap . akak zura and eli raya umah mak pak mentua depe . huh . kami enam beradik tinggal 4 orang je . huh . memang tak meriah . malam ni mak tak masak macam tahun-tahun lepas. masak simple-simple je . mak cakap esok petang balik kampung , so , kalau masak macam-macam bukan dimakan pon . membazir je .. tapi ......

apa-apa pon . raya tahun ni kami (mira & dayat ) raya sesama(kot) :) . erm . harap laahh esok dapat jumpa walaupun kejap . huh , seminggu tak jumpa . rasa pelik je . 

huh ! raya , raya jugak . trial spm dah dekat . huhu . exam start dengan subjek elektif dulu baru teras . huhu macam mana ni ? ada seminggu sebelum trial . kene struggle ! chaiyookk..chaiyook ! 
orang lain sibuk fikir raya , mira ? hurmm , dalam dilema seorang pelajar SPM !

ermm , ok la . tu je . 
insyaAllah mira akan sambung cerita pasal raya pada hari raya ketiga .
insyaAllah .

ok.
assalammualaikum ..

First Give Away By Nazatul Nashya


STICKY POST UNTIL 21/6/2013


Saya join 'First Giveaway by Nazatul Nashya'. 
Giveaway ni nak 53 pemenang. 
So, apa lagi. Jom-lah join.


Di sini juga saya nak share fanpage Pretty Little Badges. Banyak badges yang dijual di sini.
Semuanya cantik-cantik ! Sesiapa yang mahu menempah badges, sila tempah di Pretty Little Badges tau !

Contoh design badges yang super awesomeee :

 
 


Tarikh berlangsung : 31 Mei 2013 - 21 Jun 2013.


cutiku ?


hye ! holla ! look at that ^ nampak tak gambar mira yang serabut tu ^_^ .. haha . serabut sebab apa ? haa , sebab dah beberapa hari ni mira tak dapat mesej or call or apa-apa je lah dari DIA !huhu . miss him ! <3  ''sayang bila nak kembali normal ni ? :'( '' hoho , nampak tak gedik mira dah dtg .. haha . ok..ok normal balik ..2 hari lepas dpt khabar yang handphone dia hilang . huihui , kesian dia ..huihui , ''tak apa,tak apa, handphone hilang tak apa , jangan awak yang hilang sudah . ok ;) .. hehe .. 

dari mula cuti pertengahan tahun , sampai hari ni , mira asyik busy je .. haaa busy kenapa kah ?? hehe .. busy dengan kenduri . * habis lah aku gemok * ..sabtu yang lepas (1 jun 2013) . sepupu mira kahwin . kami jadi pengiring excited sangat .. haha *macam aku yang nak kahwin je *hehe ..pengantin nye sweet sangat .. hoho . malam hari tu pulak kenduri belah lelaki .hoyeeahhh . makan je keje mira .. haha nak angkat tangan pon dah tak larat , lemak dah mendap . haha .. esok nye pulak , ahad (2 jun 2013) kenduri dekat kampung , duapupu yang kahwin .. pengantin yang simple .. tapi cantik , sweet jugak .. hoho .pengantin baru la kata kan ..haha.. hoooo tgk kan . penuh dengan kenduri . abis lah , bukak sekolah ni DIA dah tak kenal mira .. haha .*nampak tak membongak kat situ*hehe..

alamakk ! sekolah nak mula lagi beberapa hari ! kerja kursus ADDMATH tak buat lagi . hooho..acano ni ? hehe .. hey , mira dah buat la kerja tu , dah hampir nak siap .hurmm , tapi apa kan daya , segalanya tak mengizinkan . hilang begitu sahaja . hoho :'( . mira ni jenis yang cepat sangat fed up .. bila dah fed up , malas nak buat . haha .. sekarang ni cuba untuk buat semula .. ada beberapa hari je lagi ni .. hope dapat laa siapkan kan ? ;) doakan mira yee :)

hurmm , ok lah . lagi panjang mira mengomel lagi banyak bende mira mengarut . hehe . 
ok . ;)

UNGUMIRA


hye ! holla !UNGUMIRA here ! haha .. ok. hai . urm . 5 hari sudah cuti berlalu .urm . 4 hari tak jumpa dia . 3 hari dah start kelas tambahan , 2 hari lagi tinggal .. haha . sekarang ni cuti pertengahan tahun . 2 minggu ! wooo! haha , macam mira je yang dapat cuti ..

ok , sebelum cuti kami @ student form 5 . (i think semua budak tingkatan 5) . urmm , telah pon menghadapi , Peperiksaan Pertengahan Tahun a.k.a PPT a.k.a Mid Term . haha . ok . then , sebelum cuti mira dah tengok sikit result mira .. huhu . amat menduka citakan .. PPT kali ni , mira down sangat . I don know why! . mira menangis bila dapat paper sejarah 2 . mira sentap tengok paper BI , terkejut tgk paper BM , down sangat tgk paper addmath .. huaahuaa ! tersangat sedih ar . tak tau la kenapa dengan mira . mira rasa dah buat habis baik dah . hurmm , mungkin Allah nak suruh mira berusaha lagi kot . hurmm .ok ! ok! semangat untuk PERCUBAAN pulak !

ok , gambar kat atas tu . ^ nampak tak . ok , dalam gmbar tu mata mira agak nampak sembam , then , mira agak kurus (*perasannye !) .hehe . nampak tak cincin tu ?haha . mira rindu tuan cincin tu . M.H.M.N ... miss him so much ! tak tau kenapa mira boleh fikir bukan-bukan pasal dia , sebelum dia fly dari besout . . nampak tak mira ni nakal .. haha . ok , sekarang dah tak fikir bukan-bukan dah .. kawan-kawan mira semua cakap , dia pergi sana buat kerja , jangan risau .. dan bla...bla..bla....thank ea kawan yang dah bagi keyakinan kat mira.. :)

baiklah ! sampai sini je . 
bubye !

*Alhamdulillah mira masih berkesempatan menconteng dan mengarut kat blog ni lagi .
peace V mencari keamanan.

pinggang !



auuccchhh!! sakitnye !
huhu.. hari pertama exam , pinggang buat hal..
time exam , tak senang duduk .. kejap2 ke kiri , pastu ke kanan .. ohh maann! sakitnye semakin merebak ke tulang belakang . bila berjalan , rasa sakit gila arr !

balik rumah , mengadu dekat emak . mak suruh pergi klinik .. abah hantaq mira p klinik.
doktor cakap , ni mesti waktu belajar suka meniarap .. lepas ni jangan kerap meniarap ye ..
ok , siap , boleh ambil ubat dekat luar ..
wink! wink ! ubat dye ! 
besar2 .. huhu .. telan je laa ..
setelah 2 hari telan ubat tu .. ok dah pinggang ni .. tp tak 100% ..sampai sekarang masih rasa sakit sikit .. bila meniarap rasa mencucuk-cucuk .. auchh !


Daisypath Happy Birthday tickers