selamat datang ke blog MIRA yang tak berapa nak cun nie..hope korang enjoy !! (^_^) M'D

Hariku


hye ! guys and girls ! hewhew .. hari ni mira happy sangat-sangat . nak tau kenapa ? haaa! perkara pertama yang membuatkan mira happy ialah , AIS COCO .. (ehh ! macam tak masuk akal kan ?) haha ^^ sudah sekian lama mira mengidam AIS COCO , akhirnya dapat jugak . Kesian anis n atin , hehe .. diorang kene layan kerenah mira ni . tadi petang dah janji dengan atin n anis nk pergi makan AIS COCO .. sekali tetiba ada latihan bola baling huhu , atin tak boleh join . sepatutnya , mira pergi main bola baling , tapi di sebabkan mengidam(eh ! mira bukan berbadan dua ea!) mira terpaksa lepaskan peluang main bola baling . mira dengan anis pergi lah kedai akak AIS COCO tu , setelah sekian lama mira perhati kedai tu , AKHIRNYA ! bukak juga . DAN ! AKHIRNYA! mira dapat juga makan ais coco . hahaha^^.. 

Then , perkara kedua ialah setelah sekian lama mira nak berdepan dengan '' AKAK '' atin , tercapai (macam jumpa dengan CT NURHALIZA pulak , nak story-story ni bagai ). kami lepak kejap je , dekat depan kedai dia . dia dah lama ajak jumpa , tapi tak kesampaian . tadi balik je dari makan ais coco , singgah kejap dekat kedai dia .huhu mira suka dengar suara dia . kalau ada lelaki dengar suara dia mesti cair . huahua^^ ..mesti dulu-dulu waktu dia dengan tettttt , si tetttt cair bila dengar suara dia kan ? hurmm , awak , saya tak mampu nak buat suara selembut dia , mira is mira , dia is dia .. hurmm , 

ehh ! kenapa plak nak beremosi ni , aish ! lari dari point story pulak . . ok , then perkara terakhir ialah huahua^^ mira jumpa link blog Mr. Right mira , haha . sebelum tu , untuk pengetahuan , dia seorang yang suka , sayang dan cinta akan GAME . hehe . blog dia penuh dengan cara-cara main game , hack dan sebagainya .. mira pon dah pening tengok blog dia , banyak sangat game , tak faham apa pon .. argghh ! itu mira tak kisah , dah itu tabiat dia .. yang mira kisah adalah , hehe , ada beberapa post kat blog dia tu yang lari dari game .. mira tak sangka dia ada post yang macam tu . mira baca post-post dia , mira boleh senyum sendiri .. aishh ! awakkk kenapa laa tak bagitau dari tahun lepas yang awakk ada blog ... hehe . saya suka dengan salah satu post dia , dan saya rasa macam penah baca post tu ..(klik sini) ... haa , klik link tu .. hehe^^

apa-apa pon mira happy hari , alhamdulillah .. semoga , hari ni dia pon sama-sama happy walaupun bukan dengan mira ..

ikhlas :
MIzai

Hanya Satu

nama Nurul Hidayah Bt Mohd Zaini . seorang pelajar tingkatan 2(2013) di sekolah Maahad Al-Abbasiyah(betul ke eja  nya?) . seorang yang mempunyai ciri fizikal yang kurus , kecik , tinggi sikit dari kakak dia(mira) . mempunyai perangai yang agak malas , kuat marah , suka mengarah-arah kakak dia .hehe^^ .. lahir pada 3 ogos 1999(kalau tak silap) . sangat suka dengan teluk anson@intan (tak tau kenapa) 

 ok ! orang yang ada di dlm gambar di atas , itu adalah adik mira . satu-satunya adik yang mira ada .. kalau dia tak ada , mira laa adik .. hewhew .. dia baru je 15 minit tadi balik asrama , fuhh ! penat sungguh mira tolong dia berkemas . macam-macam barang dia bawak , macam dah tak nak balik besout dah .. hurrhurr~ bila dia cuti , rumah ni bising la juga ,. tapi bila dia balik asrama , rumah ni senyap je .. yela kan , tinggal bertiga je , dengan mak and abah .. hoho tak kan la mira nak cari gaduh dengan mak or abah pulak .. haha ^^
hurmm , ok laa .. itu je kot yang mira nak story .. erm , harap hari ni bukan hari sedih untuk mira ..
assalamualaikum ^^

SEMPURNAKANKU

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harumi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakan ku
Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga
Chorus
Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu
Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga
Ulang Chorus 2X

cemburu

CEMBURU TANDANYA SAYANG ?  ohoohooi ! Mira dah pandai cemburu dah sekarang ni . jaga-jaga lah Mr. Right . . grr! tak tau lah kenapa , semenjak duamenjak ni , Mira kuat sangat cemburunya . kawan mira cakap , yang mira ni dah terlalu sayangkan dia . betul ke? aii say men ! habis laa ..lepas ni , tak ada la mana-mana perempuan yang boleh dekat dengan dia .. hahaha ^^ . uishh ! mira tak ada la sampai nak control dia smpai macam tu .. hurm , nk tau tak punca mira boleh jadi cemburu ? haa , macam ni ceritanya :

mira ada seorang kawan . nama dia Sina , erm dia kawan rapat mira . mana sahaja mira pergi mesti ajak dia . sebenarnya kami bertiga , sorang lagi namanya Adi . di sebabkan Adi ni , budak besout lain( rumahnya jauh dari kami) mira lebih rapat dengan Sina . kami selalu keluar makan sesama , jalan-jalan sesama , buat homework sesama , cerita masalah peribadi pon sesama .. sampai la satu hari ni , mira ada masalah dengan Mr. Right , dan masalah tu berpunca dari mira sendiri . hurm , nak di jadikan cerita , mira cerita semuanya dekat Sina . Sina la penyelamat hubungan kami . ok fine ! tq Sina , sebab dah tolong kami .. hurmm , lepas je hubungan kami membaik , Sina dengan Mr. right berkelakuan pelik .( mira bukan nak tuduh yg depa ni ada skandal ). everywhere Sina nak pergi dengan mira , mesty kene ada Mr. Right . bukan nya mira tak nak Mr. Right ada , cuma kalau boleh , biar la kami tak berkepit 24 hour. hurmm , Sina agak happy(yang teramat sangat) bila berhadapan dengan Mr.Rght ...... apa sahaja yang berkaitan mira dengan Mr. Right mesti dia tau . ok , bukannya mira tak nak dia tau , dia boleh tau , tapi tak kan la semuanya . huhu TT ...... then , semalam ada pasar malam , Sina excited gila ajak mira pergi pasar tu , semata-mata nak suruh Mr.Right belanja . dia cakap , Mr.Right dah janji dengan dia , nk belanja .. TAPI , kenapa mesti tunjuk-tunjuk depan mira ? nak tengok mira CEMBURU ? huhu .. nasib baik semalam tu , mira tak pergi pasar dengan diorang . pada malamnya , Sina pergi pasar dengan Tina , malam tu pon sempat lagi dia memaksa mira untuk pergi ,. mira ni dah la payah nak keluar malam , dia ajak jugak . nasib baik mak tak bagi .. Mr . Right  mesej mira , dia cakap yang dia pergi pasar sekejap , sebab nak beli barang , tak sampai 20 minit , ada satu mesej masuk , '' dia dah belanja aku " puiii ! penting ke mesej tu ? time tu mira rasa macam nak lempar je handfon tu dalam tong sampah .di sebab kan tak ada duit nk beli fon baru , tak tercapai pulak niat nk lempar .. hehe^^ ..mira mesej Adi , Adi cakap suruh relex , cool , and think positive .. ok mira buat ..mira terus bersabar .. huhu ,..

begitulah ceritanya , ok fine , mira tau Sina member mira , bukan sebarang kawan , kawan RAPAT mira sendiri ,.tapi , tindakan dia tu .. patut ke? huhu ..saba jela ..hurmm ,kay la , sampai sini je cerita cemburu mira .. kalau lama lagi mira bercerita , mau nya ceritanya bertambah mengarut sampai korang tak paham .
assalamualaikum ..

p/s: Sina , mira mintak maaf , harap Sina faham mira ..oppss ! ni bukan MIRA 2012 lagi ..

maulidur rasul

 salam MAULIDUR RASUL . ^^
sedikit info tentang Maulidur Rasul .
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Mira tak ada apa yang nak di ceritakan , cuma Mira nak kongsi serba sedikit tentang maulidur rasul . .. apa-apa pun SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ,  sentiasa berselawat keatas nabi , dan memperingatinya . ^^

Tahun akhir

Hai !  taaarrraaaaa ! Welcome Back To My Blog !haha , eh ! pasai apa plak ada 'Welcome' 'Welcome' ni ? oo ... yeah ! setelah sekian lama nya Mira tak update blog ni .  Last conteng-conteng Ogos tahun lepas(2012) . Lamanya .. uuuuu ..Hohoi ! Dah lama tak story , jadi tak betul sikit . Malam ni Mira pening kepala sikit , sebab tadi dekat sekolah kene jemur bawah sinaran matahari yang terang .(saya bukan budak sastera , so , ayat bm saya tongeng-tongeng sikit )
ok ! cerita pasal sekolah . Pejam celik pejam celik , dah masuk tahun 2013 laa . itu bermakna ? haa! makna apa? Tahun ini adalah tahun terakhir Mira sekolah di SMK(F)BESOUT .. hukhuk T_T sedihnya ..eh ! tahun terakhir ? haa ? itu juga bermakna Mira adalah seorang calon SPM 2013 ! ooohh mann ! . takku sangka-sangka , tak lama saja lagi , aku bakal menjadi seorang mahasiswi (insyaallah ).. 

tahun ni tahun last duduk sekelas dengan keluarga sc II(12/13) . tahun last , kacau member , tahun last , jadi budak-budak , tahun last duduk sebelah my hubby ( ohh yeahh ! menyempat plak ) .. hehe ..tahun last jadi seorang pelajar di SMK(F)BESOUT .. huhu sedih je rasa hati ni , nak tiggalkan sekolah tu .erm , tapi apa kan daya . itulah kehidupan seorang pelajar .
eh ! eh ! tak mahu la cerita sedih-sedih awal tahun nii . huhu ..ok kita story yang happy-happy ye ..eh ! nampak tak gambar yang kat atas tu ? ^ hehe , tu la Mira 2013 . dengaan azam baru melangkahkan kaki ke tahun baru .Mira berdoa agar semua azam Mira tercapai.. AMINNN ~~..hohoi ! tadi Mira ada cakap pasal My Hubby kan ? haa ! nak tau siapakah gerangannya ? jeng.. jeng.. jeng .. dia adalah orang yang dulu pernah merampas hati Mira .. hehe , dia lah HIDAYAT .. ok ! setelah 6 bulan kami cuti(putus) , kami pon kembali semula .. nak buat macam mana , kalau payah nk lupakan orang yang kita sayang ... Mira sayang dia , dia sayang Mira .. hehe .. akhirnya kami bersatu kembali .. dah hampir 5 bulan kami kembali . semuanya berjalan dengan lancar . semakin happy ^^ .. nampak gambar lelaki berkaca mata tu ? haa itu lah dia .. hehe
Dia banyak berubah , sejak masuk tahun baru ni ( even belum cukup sebulan untuk tahun ni) dia dah nampak agak berubah sedikit. bukan kearah yang negatif , tapi kearah positif . Antara perubahan yang Mira nampak , dalam kelas , dia tak tidur (kecuali waktu dia tak sihat) even ada masa lapang sekali pun (ada yang cakap dia tak tidur , sebab duduk sebelah Mira , kononnya takot Mira marah , huh !itu semua tak betul ), dia sentiasa siapkan homework , excited bila ajak buat homework sesama , kalau orang mintak tolong ajar kan , dia ajar(huhu , baik tak ? baik tak ) grrr~! puji dia sekejap ..baik dia ada masa , bila kenakalan dia mengusai diri , perghh ! Mira yang garang ni pon kalah dengan dia . hehe ^^ apa-apa pon Mira happy dengan perubahan dia ni , .maybe dia dah sedar yang dia nak ambik SPM , tu yang banyak berubah , . yang Mira ni pulak ? tak sedar-sedar diri lagi .. ish ! ish ! ish ! apa nak jadi laa anak Wak Zaini n Wak Som ni ..Mira doakan yang terbaik untuk dia , dan kawan-kawan 5scII ..

huhui ! panjangnya story malam ni ! Mira dah mula mengarut memang panjang jadinya ,. ok lah nak elakkan daripada terus mengarut , baik Mira stop sampai sini je .esok-esok kalau Mira rajin Mira story lagi ea ?
hohoi ! assalammualaikum ..
^ salam maulidur rasul ^