Daisypath Anniversary tickers
selamat datang ke blog MIRA yang tak berapa nak cun nie..hope korang enjoy !! (^_^) M'D

cuti!


selamat pagi ! wink..wink.. dah breakfast ? dah mandi ? haa! belum mandi . ish..ish.. mentang-mentang holiday kan .. pakat ramai-ramai tak mandi ..haha. hari ni hari keempat cuti sekolah . so how ? homework korang ? dah siap ke ? ke belum sentuh . haha . mira baru je siapkan storyboard yg dah sebulan tertangguh tu . hehe . nampak tak kemalasannye . huhu so sekarang ada lg 8 subjek mira kene siapkan . mak aii ! banyak tu . waaaaaa! huh . tak apa biasa la kan , budak nak ambil periksa besar , mesti ar ada homework banyak .
petang ni mira nak fly rumah kakak (insyaAllah) . mak nak jumpa cucu-cucu dia . hehe . rindu katanya . mira pon . huhu . erm .. ok la . mira nak pergi sekolah . bye .!

* gambar pertama kitorang . first time tangkap gambar sama .
and see background gambar tu . dekat lereng bukit . sweet sgt tempat tu . 
tempat tu jadi tempat kenangan kami .
love u sayang !
seindah nama yang diberi . ^_^

SPM


TAHNIAH ! buat pelajar-pelajar SPM 2012 , yang dapat result yg gempak ! yang dapat result ermmmm .. tahniah jugak , korang dah berusaha kan . mungkin korang akan dapat yang lebih baik masa akan datang . ok ! tak mau sedih-sedih. :)

nampak tak gambar kat atas tu . wink..wink .! tu la calon-calon SPM2013 . wuuuhuu . student SAINS TEKNIKAL . subjek killer FIZIK , KIMIA and ADDMATH . hehe , tak ambil biologi , sebab bukan sains tulen .hehe .. 

ujian 1 dah lepas , semuanya ok laa .. tapi ada satu subjek teruk . huhu . mira memang payah nak skor subjek tu . huhu . i need someone to help me ! .

huhu . peperangan SPM2012 telah pon berlalu .
kini perperangan SPM2013  BAKAL BERLAKU .

: DOAKAN SAYA DAN BATCH 96 BUAT YANG TERBAIK UNTUK SPM 2013 :

maafkan aku


awak maafkan saya , maafkan semua salah saya . sekarang baru saya sedar yang saya ni tersangatlah ego ! saya tak pandai nak hargai awak macam mana awak hargai saya .. selama ni , asyik awak je yang mengalah. saya ? saya hanya tahu , ''aku tak salah ! mampos p dia ar !'' itu je yang saya tahu . awak , saya tak pandai langsung hargai apa yang awak dah bagi dekat saya . awak bagi perhatian , awak ambil berat , awak bagi kasih sayang , semua tu . saya tak pernah hargai walau satu pun . 
awak maafkan saya , saya tahu awak dalam keadaan penat dan tertekan . saya tak mampu nak buat awak bahagia , ketawa , tersenyum macam mana awak buat dekat saya . saya cuma tahu nak tambahkan tekanan dekat awak je .
awak maafkan saya , saya seorang yang tak pandai nak berkongsi masalah dengan orang lain . saya rasa , mesti awak terfikirkan , apa guna awak untuk saya ? . saya cuba banyak kali untuk share masalah dengan awak , tapi tak boleh . saya lebih suka pendam masalah tu sorang-sorang daripada bagi tau orang lain .
semalam sepatutnya saya call awak , saya nak bersembang dengan awak , saya nak dengar suara awak , saya nak mintak maaf dekat awak . tapi , apakan daya , itu hanya lah kata-kata . semuanya tak tercapai. saya takut , saya pengecut , saya tak berani nak buat semua tu . 
semalam juga , sepatutnya waktu balik dari sekolah , saya nak mengadu dekat awak tangan saya sakit , saya nak main-main dengan awak , saya nak marah-marah manja dengan awak . tapi apakan daya , bila emosi saya mengawal diri , semuanya hancur . saya tak mampu nak buat semua tu .

awak , kenapa dengan kita ? kita semakin regang dah tak macam dulu . 
awak ,saya sayang awak . saya tak nak hilang awak .
mira sayang yat , macam mana yat sayang mira .
(⌣́_⌣̀)

SAkit


pagi tadi , mira terdengar ada yang cakap 
'' mira dengan ehemmm , dah putus '' .... o.o ..sanagt lah terkejut .hati mira macam berenti kejap , sebab terkejut . what ?! mira dengan dia dah break ? hey , mana ada . kitorang ok je . tak ada gaduh pon , macam mana nak putus . hurmm . ish! ish! ish! ..

waktu kawad tadi , mira asyik salah step je .. sebab teringat apa yang mira dengar tu . huhu T-T ..hurm , malam ni mira agak kurang mood .. tadi mira nak mintak dia teman mira pergi rumah somebody , tuptup , dia ada kerja .. huh , masa tu jugak mira sentap .. huhu , 
''sorry sayang , bukan niat nak marah , tapi , tak sengaja termarah , sorryyyy sangat-sangat ''

hurmmm ...

Super Duper !



siapa dia ? siapa kenal dia angkat tangan ! haha ..
ok! ok ! sebenarnya post kali ni mira tak tau nak cerita apa , mira cuma nak post gambar dia .. ehh ! tadi mira ada bagi tau dia , yang mira ada ambil gambar dia .. haaaa yang ni la .! hehe .. mira dah ambil n dah edit baru bg tau dia . jahat tak mira ni . ish..ish.. ish ....

Dan apa
Yang kau mau kan dari ku
Telah lamaku kata
Yg ku cinta sepenuh hatiku
Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yg pertama..kucintai
Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yg dapat menemanimu
Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata,
I said i love youu..


Malu Tapi Mahu


saya selalu nampak awak pandang saya , bila saya pandang awak , kita mesti bertentang mata dan saya akan ubah pandangan saya dengan segera . kenapa ? sebab saya malu =) . awak maafkan saya kalau saya membuatkan awak seperti tak terlayan . bukan niat saya nak buat macam itu , tapi ... 

saya lagi


huhu ! kerja kursus terbengkalai ! ada sesiapa yang nak pinjamkan Mira camera tak? mira memerlukan camera dengan segera ! huhu .. ok abaikan sekejap pasal kerja kursus tu ..

hari ni mira SENTAP sangat-sangat ! , huh ada ke patut hari ni diorang buli mira .. ok ! mula-mula , masa bahasa inggeris , kitorang diarahkan ke bilik SAL .. waktu dalam bilik tu , kami tengah sedap-sedap landing , pintu tetiba terbuka .. kreeeeeeeeeee~ ... dengan rela hati , mira pon pergi laa tutup .. pastu terbuka lagi untuk kedua kali .. huh , depe suruh tutup lagi .. ok mira buat .. untuk ke tiga kali ! mira biar je .. haha , nampak tak kemalasan di situ .. ok ! yang kedua , mira di buli waktu sivik , DIA ambik buku catatan mira dengan keadaan memaksa , huh , habis berterabur semua kertas yang mira koyak .. iieee! geram rasanya .. ok ! yang ketiga , waktu dalam barisan uniform , mira di buli oleh FASIHAH dengan NAJIHAH , mentang-mentang diorang satu rumah sukan , diorang menghalau mira macam tu je , pastu sesedap je panggil mira BULAN MENGAMBANG ... iiieee geram pulak mira dekat PEOT tu .. haha .. yang keempat , mira di buli waktu balik dari sekolah , anis jatuhkan kunci motor mira dari bangunan tingkat 3 sampai kebawah , dan di bawah ada DIA .. DIA sambut kunci tu .. Then! jeng..jeng..jeng ...DIA tak bagi mira balik , dia simpan kunci tu .. jenuh mira memujuk , dah habis comel dah mira buat (haha perasan) ..lastly , dia bagi juga sebab mybe dia nampak muka mira dah terlalu penat kot .. haha ..

ok ! nampak tak disitu , hari membuli mira .. haha ... yang paling banyak buli@main-main manja DIA lah (hehe) .. ok laah , mira nak buat homework .. minggu depan ada test 1  ...
doakan mira dapat jawab dengan tenang dan tepat .. ok !


-_-


hai ! hoi ! hey ! huh ..SELAMAT PAGI ! SAYANG-SAYANG SEKALIAN ! ..hurmm, malam tadi mira dapat banyak mesej dari dia (banyak la kot) .. mira off fon dari pukul 8 sampai pukul 10.30 .. mira malas nak buka sebab malas nak pergi charge . hurr! mesej dia semuanya MINTAK MAAF.. hurm ? dia ada buat salah ke ? huh whatever ! .. hurm , mira reply mesej dia dengan menggunakan bahasa yang agak kasar .        ( kasar ke ?) . sorry sayang , mira tak ada niat pon nak sent mesej mcm tu ..

dalam mesej yang awak hantar tu , awak ada cakap yang saya buat awak macam tak wujud , bila awak cakap dengan saya , saya langsung tak pandang awak .. hurm , awak nak tau kenapa saya buat macam tu ? saya buat macam tu , sebab saya malu . saya kalau bercakap dengan orang saya mesty pandang mata dia . Tapi, saya tak boleh pandang mata awak , saya rasa segan yang teramat sangat . ok !  lepas ni saya akan cuba bila bersembang dengan awak saya pandang awak . ok . tu azam saya lepas ni .. haa , yang pasal tak wujud tu . awak cakap saya yang buat awak macam tak wujud ? huh ? apa semua ni awak ! bila masa saya buat awak macam tu .? maafkan saya kalau betul saya buat awak macam tu , mybe saya tak persaan dengan apa yang saya dah buat .. saya mintak maaf .saya mintak maaf juga sebab buat awak terasa , dan terambil hati . bukan niat saya nak buat awak macam tu . saya tak sengaja . 

* bila mira dah buat perangai , semua menyalahkan satu pihak , mood jadi terganggu , kerja semua tergantung . *

Babak Cinta - Tengku Adil

Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka

dewi - klangit

Ku mohon kepada mu duhai dewi ku
Maafkanlah oh maafkanlah aku
Ku tahu kau terluka tahu kau terseksa
Tapi ku tak berdaya memilih engkau dan dia
Biarlah ku berterus terang
Yang selama ini ku menduakan cinta mu
Ku tahu engkau kecewa
Tapi apakan daya ini semua takdirnya
Ku mohon kepada mu duhai dewi ku
Maafkanlah oh maafkanlah aku
Ku tahu kau terluka tahu kau terseksa
Tapi ku tak berdaya memilih engkau dan dia
Aku tak bisa memilih kau dan dia
Ohh jangan salahkan dia
Kerna dia tak mengerti
Ku mohon kepada mu duhai dewi ku
Maafkanlah oh maafkanlah aku
Ku tahu kau terluka tahu kau terseksa
Tapi ku tak berdaya memilih engkau dan dia
Ku tahu kau terluka tahu kau terseksa
Tapi ku tak berdaya oh maafkan aku


sedih dalam senyuman

ok . sekarang baru aku faham perangai kau yang sebenar . kau tak akan tegur aku kalau aku buat muka masam / marah atau sebagai nya . huh , kalau aku buat semua tu , aku yang akan  mula menegur kau , tak kisah dengan cara apa sekali pun.hey ! kau nak tau tak , aku nak menangis tadi waktu aku depan kau , kau anggap aku macam tak wujud , kau nak tau jugak tak , nak dekat sepuluh kali aku tanya kawan aku ,'' AKU NI WUJUD KE ?'' huhu .. aku faham kau , aku faham kau ..hurm , malam tadi , kenapa kau tak reply mesej aku ea ? aku baru nak mintak maaf atas semua salah aku . tapi kau tak bagi apa-apa respon . hurmm, aku terus dan terus berfikiran positive ..mybe kau tak ada kredit atau kau sibuk ..hurmm

Tekad untuk esok : besok , mira nak cuba menyibukkan diri , nak jauhkan handfone dari mira .. 



Daisypath Happy Birthday tickers